ASAL USUL BAHASA MELAYU


   
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:


1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo- lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644- 645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iatu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I- Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 

Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. 




   
Asal Usul Bangsa Melayu

-  Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

-  Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

-Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi) 

-  Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. 

-  Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro 

-  Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

-  Keturunannya orang Melayu di Malaysia

-  Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. 

-  Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

-  Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

-  Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

-  Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

-  Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Ulasan