Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Awalan kata kerja

Awalan kata kerja   teR - ( awalan ini bergabung dengan semua golongan k.dasar utk membentuk k.kerja transitif, k. kerja transitif pasif dan k.kerja tak transitif seperti:-    - saya terpijak kaca itu (k.k transitif)    - kaca itu terpijak oleh saya (k.k transitif pasif)    - budak itu terjatuh ke dalam longkang (k.k tak transitif) KATA KERJA TRANSITIF Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh ayat:  1) Adik terlanggar  pasu bunga ibu. (Kata kerja “terlanggar mesti disertai dengan objek, iaitu “pasu” supaya maksud ayat ini lengkap) 2)kakak tersentuh duri yang tajam. (Kata kerja “tersentuh” mesti disertai dengan objek iaitu “duri” supaya maksud ayat ini lengkap. Kata Kerja Tak Transitif  • Kata kerja tak transitif tidak memerlukan penyambut    atau objek . Penyambut atau objek y...