Awalan kata kerja
Awalan kata kerja
teR- ( awalan ini bergabung dengan semua golongan k.dasar utk membentuk k.kerja transitif, k. kerja transitif pasif dan k.kerja tak transitif seperti:-
- saya terpijak kaca itu (k.k transitif)
- kaca itu terpijak oleh saya (k.k transitif pasif)
- budak itu terjatuh ke dalam longkang (k.k tak transitif)
KATA KERJA TRANSITIF
- Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
Contoh ayat:
1) Adik terlanggar pasu bunga ibu.
(Kata kerja “terlanggar mesti disertai dengan objek, iaitu “pasu” supaya maksud ayat ini lengkap)
(Kata kerja “tersentuh” mesti disertai dengan objek iaitu “duri” supaya maksud ayat ini lengkap.
Kata Kerja Tak Transitif
• Kata kerja tak transitif tidak memerlukan penyambut atau objek. Penyambut atau objek yang dimaksudkan ialah kata nama yang menerima akibat kata kerja itu.
Contoh ayat :
1)kereta itu terhumban ke dalam sungai.
2)Aqil tersenyum kepada ibunya.
3)Adik terdiam dimarahi ayah.
Ulasan
Catat Ulasan