krisis makanan-teknologi sbgai penyelesai masalah.
Krisis makanan ancaman dunia Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD. ashriq.ahmad@utusan.com.my SEJAK jutaan tahun dahulu dunia diciptakan Tuhan dengan iklimnya sentiasa berubah mengikut caturan serta putaran cuaca sebagai mana kehendak-Nya. Jika dahulu semasa zaman prasejarah (dinosaur) kehidupan bumi diliputi hutan tropika, sesetengah tempat diliputi ais, beku serta sejuk. Perubahan demi perubahan iklim berlaku sehingga haiwan-haiwan pra sejarah tersebut kini telah bertukar menjadi fosil namun arus perubahan tersebut tidak pernah terhenti pada titik tertentu. Kini, kita sekali lagi merasakan perubahan iklim tersebut di mana saintis mendapati suhu di bumi semakin meningkat secara mendadak saban tahun. Sesetengah saintis berpendapat perubahan iklim merupakan aturan bumi atau lebih tepat ia bersifat semulajadi, namun sebahagian pula mengatakan ia akibat kerakusan aktiviti manusia itu sendiri. Bagaimanapun, ia terus menjadi perdebatan hangat yang tidak berkesudahan di kalangan mereka. Bagi sesetengah p...